The Power Of Surah Al-Fatihah (Kelebihan Surah Al-Fatihah)


بسم الله الرحمن الرحيم

                                                                                     

أن النبي قال لأبي سعيد بن المعلّى: 

"لأعلمنك أعظم السور في القرآن" 

 قال :"الحمد لله رب العالمين، هي السبع المثاني والقرآن العظيم الذي أوتيتُه" 

(صحيح البخاري)

 

Telah berkata Nabi Muhammad kepada Abu Saeed Bin Al-Mu'alla:

"Ketahuilah aku ingin mengajarmu satu surah yang sangat agung dalam Al-Quran"

Bersabda  Baginda Sallahu 'Alaihi Wassalam: "َالحَمْدُ للَّهِ رَبِّ العَالمِينَ",

surah ini ialah Al-Sab' Al-Mathani (Tujuh ayat yang penuh dengan pujian),

dan merupakan Surah Al-Quran yang teragung yang pernah diberikan kepadaku.

(Sumber rujukan: Hidayah Sebagai Anugerah Tidak Ternilai Surah Al-Fatihah - Khairul Azmi Jasmi)

________________________________________________________

Terdapat banyak kelebihan Surah Al-Fatihah:

1) Surah Al-Fatihah digelar Ummul Kitab (Ibu)
kerana terkumpul di dalamnya tujuan-tujuan asas/dasar.
(صفوة التفاسير ج1: ف24)

2) Antara kandungan Surah Al-Fatihah:
- Kaedah agama dan cabang-cabangnya
- Aqidah (Kepercayaan)
- Ibadah
- Pengsyariatan dan kepercayaan dengan Hari Akhirat
- Beriman dengan sifat-sifat Allah
- Meminta tolong dan berdoa kepada Allah
 (صفوة التفاسير ج1: ف24)

3) Lelaki yang boleh membaca Surah Al-Fatihah dengan betul, boleh menjadi imam solat.
(Petikan ceramah dari Ustaz Khairi Abdullah)

4) Belajar membaca Al-Fatihah dengan betul hendaklah berguru.
(Petikan ceramah dari Ustaz Khairi Abdullah)

5) Amalan membaca Surah Al-Fatihah mencegah marah Allah.
Sesiapa yang tidak mengerjakan solat, Allah murka kepadanya.
kerana setiap solat 5 waktu ada 17 rakaat, bermaksud 17 bacaan Surah Al-Fatihah.
 (Petikan ceramah dari Ustaz Khairi Abdullah)

6) Jika mempunyai hajat, bacalah Surah Al-Fatihah setiap pagi 7 kali.
Ketika ayat [إياك نعبد وإياك نستعين]
(maksudnya: Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau tempat kami meminta tolong)
berhenti sekejap dan bacalah doa serta hajat,
kemudian sambunglah ayat seterusnya sehingga habis.
Ulang sebanyak 7 kali.
 (Petikan ceramah dari Ustaz Khairi Abdullah)
 
7) Surah Al-Fatihah adalah skim cepat kaya yang terbaik dan jaminannya adalah Allah.

  (Petikan ceramah dari Ustazah Asma Harun)

8) Al-Fatihah adalah doa

"Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada
saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), 
melainkan malaikat berkata kepadanya:
dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)"

(Riwayat Muslim) 
------------------------------------------------------------------------------

Setiap pagi, hadiahkan Surah Al-Fatihah ditujukan kepada:


Junjungan Nabi Muhammad Sallahu 'Alaihi Wassalam
Ahli keluarga Baginda
Sahabat Baginda
Orang-orang soleh
Para Shuhada
Para 'alim 'ulama
Para Umara (Pemimpin-pemimpin Negara Islam)
 Para guru-guru
Seluruh Muslimin Muslimat yang hidup mahupun yang telah tiada
Diri sendiri
Ibu bapa
Keluarga
Anak-anak.

Baca Surah Al-Fatihah dengan perlahan dan tertib.
------------------------------------------------------------------------------

Bayangkan doa yang kita bacakan itu didoakan balik kepada kita,
kerana Al-Fatihah adalah doa.
 (Petikan ceramah dari Ustazah Asma Harun)

Wallahu 'Alam Bissawab.

Semoga mendapat manfaat dan selamat beramal
💟

___________________________________________________
BYNH10

Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan Al-Quran untuk Hati, Akhlaq, Amalan, Wajah, Badan, Dunia dan Akhirat

Pembuka Doa Mustajab