Selawat Tafrijiyyah (Terlepas Dari Kesulitan & Tercapai Segala Hajat)


بسم الله الرحمن الرحيم

Selawat Tafrijiyyah:
adalah bacaan selawat kita ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam
iaitu kita meminta pada Allah agar Dia melimpahkan restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam
Sebagaimana kita tahu, banyak kelebihan berselawat dan kelebihan mendoakan orang lain.
Selawat Tafrijiyyah ini adalah selawat sambil berdoa kepada Allah untuk diri kita dan juga ditujukan kepada keluarga serta para sahabat Baginda.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam”
(Surah Al-Ahzab: Ayat 56)

Maksud Selawat Tafrijiiyah:

Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna
ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam
Semoga terurai segala kesimpulan, Terlepas dari segala kesusahan,
Ditunaikan segala hajat, Tercapai segala keinginan,
Pengakhiran yang baik (Husnul Khatimah), Dicurahkan hujan rahmat,
Dengan berkat peribadinya yang mulia,
Demikian juga kepada keluarga serta para sahabat Baginda
pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas,
Bahkan sebanyak pengetahuanMu.

Cara Bacaan Selawat:

Allahumma Solli Solatan Kaamilatan, Wa Sallim Salaaman Taamman
'Ala Saiyyidina Muhammad,
Tanhallu Bihil 'Uqad, Wa Tanfariju Bihil Kurob,
Wa Tuqdhaa Bihil Hawaa'ij, Wa Tunalu Bihir Raghaa'ib,
Wa Husnul Khawaatim, Wa Yustasqol Ghamaam,
Bi Wajhihil Kareem,
Wa 'Ala Aalihi Wa Sohbihi Fi Kulli Lamhatin Wa Nafasin,
Bi 'Adadi Kulli Ma'lumin Lak.

Amalkan sebanyak mana yang mampu setiap hari, ataupun 11x sehari pun boleh.
Lebih banyak adalah lebih baik.
Wallahu 'Alam Bissawaab

Semoga bermanfaat!

___________________________________________________
BYNH10

Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan Al-Quran untuk Hati, Akhlaq, Amalan, Wajah, Badan, Dunia dan Akhirat

Pembuka Doa Mustajab