Keistimewaan Al-Quran untuk Hati, Akhlaq, Amalan, Wajah, Badan, Dunia dan Akhirat
بسم الله الرحمن الرحيم
Nuzul Al-Quran:
Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan dan ianya diturunkan sebagai petunjuk bagi sekalian manusia.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Bulan Ramadan yang
padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 185)
Al-Quran tidak diturunkan sekaligus, akan tetapi ianya diturunkan beransur-ansur.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Al-Quran itu Kami
bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan
lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur"
(Surah Al-Isra: Ayat 106)
Al-Quran diturunkan sebagai penawar/ubat serta rahmat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua"
(Surah Al-Israa': Ayat 82)
_____________________________________________________________
Amalkan doa ini agar dilembutkan dan digerakkan hati untuk sentiasa membaca Al-Quran.
Cara Bacaan Doa Ini:
Allahumma Nawwir Qulubanaa Bi Tilawatil Quran
Wa Zayyin Akhlaqonaa Bi Jaahil Quran
Wa Hassin A'maalanaa Bi Zikril Quran
Wa Bayyidh Wujuuhanaa Bi Barakatil Quran
Wa Nawwir Abdaananaa Bi Nuril Quran
Wa Najjinaa Minan Naari Bi Karomatil Quran
Wa Adkhilnal Jannata Bi Syafaa'atil Quran
Maksud Doa Ini:
Ya Allah Ya Tuhan kami, sinarilah hati kami dengan membaca Al-Quran
Dan hiaskanlah akhlaq kami dengan tingginya taraf Al-Quran
Dan elokkanlah amalan kami dengan doa/zikir Al-Quran
Dan gembirakanlah kami (Serikanlah wajah-wajah kami) dengan keberkatan Al-Quran
Dan sinarilah tubuh badan kami dengan cahaya Al-Quran
Dan selamatkanlah kami dari api neraka dengan kemuliaan Al-Quran
Dan masukkanlah kami ke syurga dengan Syafaat (pertolongan) Al-Quran
_____________________________________________________________
Bacalah Al-Quran setiap hari walaupun satu ayat.
Sesibuk manapun hari ini, pastikan ada masa khusus untuk membuka Al-Quran dan membaca Ayat-Ayat sucinya kerana ianya menjadi penawar serta petunjuk untuk kita semua.
Wallahu 'Alam Bissawaab
Semoga bermanfaat!
Semoga bermanfaat!
___________________________________________________
BYNH10
Comments
Post a Comment