Selawat Tafrijiyyah (Terlepas Dari Kesulitan & Tercapai Segala Hajat)
بسم الله الرحمن الرحيم Selawat Tafrijiyyah : adalah bacaan selawat kita ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam iaitu kita meminta pada Allah agar Dia melimpahkan restu dan kesejahteraan yang sempurna kepada Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam Sebagaimana kita tahu, banyak kelebihan berselawat dan kelebihan mendoakan orang lain. Selawat Tafrijiyyah ini adalah selawat sambil berdoa kepada Allah untuk diri kita dan juga ditujukan kepada keluarga serta para sahabat Baginda. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam” (Surah Al-Ahzab: Ayat 56) Maksud Selawat Tafrijiiyah : Ya Allah, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam Semoga teru